Kegunaan di Perancis Dipuji Dalam Perutusan

Dalam Tentera Perancis, pujian dalam laporan ataupun citation dans les ordres dibuat oleh pegawai-pegawai kanan daripada pemerintah rejimen kepada Jeneral Pemerintah, dibuat di dalam arahan yang diberikan kepada unit mereka, dan memberikan pengiktirafan kepada perlakuan berani anggota unit berkenaan. Pujian ini dibuat untuk mana-mana anggota angkatan bersenjata Perancis ataupun askar-askar angkatan bersenjata sekutu-sekutunya. Pujian ini adalah bersamaan dengan Pingat Bronze Star (Amerika Syarikat) ataupun pingat Military Cross dan Military Medal (Britain).

Pujian-pujian yang dibuat dalam Perang Dunia I, Perang Dunia II ataupun perang-perang kolonial Perancis diiringi dengan penganugerahan satu Croix de guerre ataupun Croix de la valeur militaire, tertakluk kepada tahap pujian yang diterima. Pujian dalam laporan Briged disertai dengan Croix de guerre gangsa, pujian dalam laporan Divisyen diiringi Croix de guerre" perak dan Croix de guerre" emas untuk pujian dalam laporan Kor. Tetapi kini, pujian diiringi dengan anugerah emas Médaille de la Défense nationale

Unit tentera juga boleh dipuji dalam laporan. Panji-panji pasukan kemudiannya akan dihiaskan dengan Croix berkenaan. Selepas menerima dua kali pujian, anggota-anggota unit berhak memakai fourragère